7 jenis wajah mayat di dalam kubur

<a href="http://s266.photobucket.com/albums/ii248/dewi_036/?action=view&current=maut1.jpg" target="_blank"><img src="http://i266.photobucket.com/albums/ii248/dewi_036/maut1.jpg" border="0" alt="Photobucket"></a>

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

                            

12 Sifat SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu 2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu 3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu 4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik 5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu 6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya 7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya 8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu 9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu) 10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu 11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu 12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

ujian berpakaian menutup aurat

1528044090_ddb6208959
Berpakaian Menutup Aurat Bagi Wanita Dalam Islam 
Berpakaian merupakan salah satu ciri kemanusian. Secara nalurinya seorang yang berakal dan telah sampai usia mukallaf merasa malu untuk bertelanjang di hadapan manusia lain. Justeru itu dia akan 

berusaha melindungi jasadnya daripada dilihat oleh orang lain dengan berpakaian sekurang-kurangnya untuk menutup dua kemaluan depan dan belakang. 

Islam menekankan persoalan berpakaian dengan meletakkan peraturan berkaitan bahagian jasad yang perlu dilindungi dan ditutup daripada pandangan mata orang lain. Namun ada perbezaan peraturan antara lelaki dan perempuan. Hikmah perbezaan ini merujuk kepada perbezaan bentuk fizikal yang dicipta oleh Allah dan juga perbezaan implikasi daripada pendedahan bahagian jasad kepada orang lain. Bahagian jasad yang perlu ditutup dngan pakaian diistilahkan dalam Islam sebagai aurat. Peraturan berpakaian ini pula disebut sebagai pakaian menutup aurat. Artikel ini membincangkan peraturan berpakaian menutup aurat bagi wanita lantaran ia menjadi ujian besar bagi umat akhir zaman ini.

Sejarah Manusia Berpakaian 

Apabila Allah mencipta Adam dan Hawa sebagai makhluk manusia yang awal, mereka berdua tidak dibiarkan bertelanjang malah diberikan pakaian. Buktinya ketika Adam di syruga dan melanggar perintah agar jangan makan pohon terlarang, pakaiannya tertanggal. Ia menunjukkan sememangnya mereka berdua berpakaian di syurga.

 
Apabila mereka berdua diturunkan ke bumi dan lahir zuriat manusia yang ramai merka diberikan tanggungjawab untuk berpakaian dan tidak bertelanjang. Allah berfirman:

 
Maksudnya: “Wahai anak Adam. Sememangnya Kami telah turunkan kepada kamu pakaian yang menutup kemaluan-kemaluan kamu dan juga (Kami turunkan pakaian) bulu. Dan pakaian taqwa, itu lebih baik. Itu adalah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah mudah-mudahan mereka mengambil peringatan” (al-Araf: 26)

 
Tutup_aurat_yg_betul_page_2 Kenyataan ini menafikan sejarah manusia rekaan barat yang menyatakan bahawa manusia awal bertelanjang tidak berpakaian. Apabila mereka semakin maju barulah mereka menyedari keperluan berpakaian. Teori ini sebenarnya adalah rentetan teori sesat dan kufur mereka yang menyatakan manusia adalah hasil evolusi yang panjang daripada kejadian binatang seumpama kera. Kera adalah binatang yng tentu sahaja tidak berpakaian. Apabila bertukar menjadi manusia yang berfikir maka manusia barulah berfikir tentang pakaian. Ini adalah teori sesat lagi kufur yang telah berjaya diserapkan dalam pemikiran masyarakat Islam menerusi pendidikan barat. Teori ini menafikan sejarah manusia bermula dengan Adam dan Hawa yang ditegaskan oleh islam dan diyakini juga oleh agama Yahudi dan Nasrani.Buku sejarah ketika saya di tingkatan 2 pada tahun 1987 jelas menjadikan teori ini sebagai sebahagian sukatan yang mesti dipelajari. Malang sungguh pemikiran kufur ini boleh meresap masuk dalam system pendidikan negara yang penduduknya lebih daripada separuh adalah muslim.

Kejayaan Iblis Menanggalkan Pakaian Adam Dan Hawa 

Sejarah godaan pertama Iblis kepada manusia yang awal di syurga mempunyai kaitan sangat rapat dengan berpakaian dan bertelanjang. Ini memberi petunjk besarnya isu berpakaian ini bagi manusia sepanjang zaman. Dan ternyatalah inilah ujian besar bagi manusia sepanjang zaman.

 
Al-Qur’an menjelaskan, Iblis telah berjaya menanggalkan pakaian Adam dan Hawa dengan menggoda mereka berdua makan pohon yang dilarang oleh Allah dalam syurga. Cerita Iblis berusaha menggoda Adam dan Hawa agar tertanggal pakaian disebut dalam beberapa ayat.

 
Maksudnya: “Lalu syaitan menggoda mereka agar dia bejaya menyerlahkan kemaluan mereka yang terselindung.” (al-Araf: 20)

 
Maksudnya: “Lalu Iblis menghulurkan pada mereka berdua beberapa tipu daya. Maka tatkala mereka berdua merasai pokok tersebut, terserlahlah kemaluan mereka.Dan segeralah mereka menutupnya dengan daunan syurga” (al-Araf: 22)

 
Maksudnya: “Lalu kedua-duanya makan sebahagiannya, akibatnya terserlahlah bagi mereka berdua kemaluan mereka.” (Taha: 121).

 
Lanjutan itu dalam ayat seterusnya iaitu al-Araf: 26 Allah jelaskan bahawa pakaian telah Allah turunkan kepada zuriat manusia.

 
Maksudnya: “Wahai anak Adam. Sememangnya Kami telah turunkan kepada kamu pakaian yang menutup kemaluan-kemaluan kamu dan juga (Kami turunkan pakaian) bulu. Dan pakaian taqwa, itu lebih baik. Itu adalah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah mudah-mudahan mereka mengambil peringatan” (al-Araf: 26)

 
Seterusnya, Allah memberi peringatan kepada zuriat Adam tentang usaha syaitan menelanjangkan manusia ini.

 
Maksudnya: “Wahai anak Adam. Janganlah kamu terpedaya dengan syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua-ibu bapa kamu dari syurga; dia menanggalkan daripada kedua mereka pakaian keduanya untuk dia menampakkan kemaluan mereka berdua.” (al-Araf: 27)

            

Sepanjang zaman Iblis dan syaitan sentiasa berusaha menanggalkan pakaian manusia agar bertelanjang. Kejayaan Iblis menanggalkan pakaian Adam dan Hawa dijadikan sebagai peringatan kepada zuriat Adam agar jangan lagi terpedaya dengan godaan syaitan ini.

 
Benarlah peringatan Allah. Kehidupan manusia moden hari ini menyaksikan bagaimana umat manusia terutama para wanita digoda oleh syaitan jin dan syaitan manusia untuk menanggalkan pakaian mereka dengan hujah fesyen terkini dan gaya hidup masyarakat maju. Justeru kita melihat syaitan-syaitan ini mencipta pelbagai fesyen terkini yang hakikatnya adalah usaha untuk mendedahkan sudut jasad yang sepatutnya diselindungi oleh wanita. Kehebatan dan kesenian rekaan pakaian diukur pada kejayaannya mendedahkan sudut-sudut menggiurkan pada jasad wania yang bakal menjadi daya tarikan yan kuat kepada lelaki. Pelbagai pertunjukan fesyen dibuat diperingkat nasional dan antarabangsa, malah ditaja oleh setengah-setengah kerajaan. Tujuannya tak lain  tak bukan ialah memaparkan sudut jasad yang menggiurkan yang tentu sahaja selari dengan nafsu dan keinginan seks yang memang telah sedia ada dalam diri manusia. Tujuannya membangkitkan nafsu dan keinginan seks. Namun matlamat jahat ini disalut dengan hujah kononnya fesyen terkini berpakaian.

 
Lebih dahsyat, berbogel menjadi satu perkara biasa bagi setengah artis barat. Filem-filem lucah dan bogel menjadi indutri yang menguntungkan. Sangat malang apabila kegiatan jahat seumpama ini telah menjadi industri yang menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Ia pasti melahirkan para pejuang yang berjuang mempertahankannya. Mereka tentu sanggup membunuh untuk memastikan industri yang menjadi sumber makan-minum ini tidak roboh dan hancur. Namun, disinilah perlunya lahir para pejuang kebenaran bagi menghancurkan industri syaitan ini. Allah berfirman:

                                        182278426_d051f44664
Maksudnya: “Dan orang-orang yang kufur berperang di jalan taghut kejahatan mereka, dan orang-orang yang beriman  berperang di jalan Allah. Maka perangilah pembantu-pembantu syaitan. Sesungguhnya tipu daya syaitan amat lemah.

Rahsia solat

Way_to_heaven_by_muslimz Rahsia Solat

1) Niat Sembahyang -: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2) Berdiri Betul -: Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3) Takbiratul Ihram -: Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4) Fatihah -: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5) Rukuk -: Sebagai tikar kita di dalam kubur

6) Iktidal -: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur

7) Sujud -: Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim

8) Duduk Antara Dua Sujud (awal) -: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9) Duduk Antara Dua Sujud (akhir)-: Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar

10) Tahiyat Akhir -: Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar&nangkir didalam kubur.

11) Selawat Nabi -: Sebagai pendinding api neraka di dalamkubur.

12) Salam -: Memelihara kita di dalam kubur.

13) Tertib -: Akan pertemuan kita dengan Allah.

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?